August 30, 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Selamat menyambut hari kemerdekaan utk semua rakyat malaysia...

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


p/s: jgn biarkan negara kita "dipijak-pijak" lg oleh mereka2 yg "x bertamadun"...

August 27, 2010

tazkirah bersyukur..

Salam Ramadhan..

ketika aisy membelek-belek 1 laman web ni, terjumpa dgn info yg berguna ni..rasanya baik utk dikongsi bersama..sekadar memetik beberapa perenggan..

Hasan al-Basri ketika ditanya tentang rahsia zuhudnya, dia menjawab:

"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah kalbuku selalu tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah mengawasiku, kerana itulah aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah."

Ramai daripada kita berfikiran bahawa siapa kita, apa yang kita ada, apa yang kita lakukan, adalah tidak mencukupi. Ini adalah satu pendapat yang salah. Kita telah belajar tentang Hukum Tarikan, dan bila mana tanpa kita sedari kita masih beranggapan bahawa kita belum serba cukup dalam hidup, kita sebenarnya menarik gelombang ketidakcukupan ke dalam hidup kita.

Kita mesti mengakui bahawa diri kita pada saat ini adalah cukup sempurna sebagai manusia, dalam konteks kesempurnaan seorang hamba. Kita cukup sempurna, sebagaimana diri kita sekarang ini. Sekiranya kita tidak mahu mengakui hakikat ini, kita akan sentiasa merasa tidak puas hati dengan apa yang kita ada, dan kita akan merasa sukar untuk mensyukuri nikmat-Nya. Barang siapa yang mengira lenyapnya kasih sayang Allah daripada ketetapan (qadar) Allah, pemikiran ini adalah kerana dangkalnya pandangan iman.

Menduga-duga tentang pemberian Allah, terutama dengan berburuk sangka ke atas nikmat-nikmat-Nya adalah perbuatan dosa. Seorang hamba dilarang menduga bahawa Allah telah mengurangkan kasih sayang dan pemberian-Nya kerana sesuatu bencana yang sedang dialami oleh si hamba tadi. Bagaimana kita membuat ukuran untuk berasa puas hati dengan hidup dan seterusnya bersyukur?

Kita tidak perlu menunggu sehingga segala impian kita tercapai untuk dapat menikmati dan menghayati rasa kecukupan dalam hidup ini. Jika kita berfikiran begini, kita tidak akan dapat merasai nikmat kehidupan dan kita tidak akan berupaya untuk berasa ikhlas dalam mengucapkan syukur kita kepada Allah.

info lanjut, lihat sini

August 6, 2010

cerita best

semalam tgk cerita kat tv..
semalam episod akhir..
walaupun episodnye x pjg, tp ceritenye best..
memaparkan seorg wanita, isteri dan ibu yg tabah..
ya, itulah dia Laila Asyikin..
wanita sofistikated, educated dan tegas...


walaupun pelakon lelakinye adlh watak lelaki utama, tp aku rasa, dia bknla hero sbnr...
sbb byk berkisar ttg watak second hero..iaitu fahrin ahmad..hehe..
best fahrin ahmad blakon dlm cerita ni..
plg touching, dialog dia dlm satu episod ni..
(klu x silap, episod 15)

pengorbanan dia sggh besar...
sggup mati demi slmtkn sebuah family...
itulah pengorbanan dia yg terbesar sekali..
paling mulia...

p/s: biasa dlm cerita hindustan, bila hero mati, cerita tu habis..
tp, ni cerita melayu..hero mati jgk..sama ke dgn hindustan??
:D hehehe...

August 2, 2010

latihan dan ujian...


Hari ni dh pn masuk bln ogos..
pejam celik, pejam celik, dh nk dkt bln Ramadhan..
x sabar nk tggu bln mulia ini..
bulan yg penuh berkah..
moga Ramadhan kali ni akn lebih baik dr thn2 sblmnye...
InsyaAllah..
Allahumma Balighnaa Ramadhan..

cerita ttg Ramadhan, elok rasanye klu sblm tiba waktunye, kite bersiap sedia apa yg patut..
mgkn blh buat "latihan" dgn berpuasa sunat di bln syaaban ni..spya bila tiba shj Ramadhan, perut x terkejut, diri dpt bertenaga dan emosi jg terkawal..


hmm..ckp psl emosi, mmg sukar nk dikawal kan? terutamanya perasaan marah..
mgkn lapar dan dahaga mudah dikawal..tapi, marah mcm mana plk??
kadang2 tu pagi2 lg dh marah..
padahal sblm kuar rmh gi keje pagi2 tu, dh 'set' dlm otak.
"hari ni x nak marah2 la...nk rasa tenang je.."
tapi...belum jauh pun dr rmh, ada saja keadaan yg menimbulkan kemarahan..
dek kerana tindakan org lain yg x munasabah tu..huh!
mcm tindakan refleks plk...

so, mcm mana nk kawal marah ni????
mcm mana nk kawal emosi ni..???
puasa dh dkt..
hmmmm....
ujian hidup mmg sentiasa ada kan?
terpulang bagaimana kite menghadapi, mengawal dan mengatasinya...

p/s: tgh google tips marah, terjumpa lmn web INI..
silalah baca..blh diamalkan ni..
:D