Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

December 6, 2010

jgn lupa baca tau...

jgn lupa baca tau...semoga bermanfaat..InsyaAllah..

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

August 27, 2010

tazkirah bersyukur..

Salam Ramadhan..

ketika aisy membelek-belek 1 laman web ni, terjumpa dgn info yg berguna ni..rasanya baik utk dikongsi bersama..sekadar memetik beberapa perenggan..

Hasan al-Basri ketika ditanya tentang rahsia zuhudnya, dia menjawab:

"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah kalbuku selalu tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah mengawasiku, kerana itulah aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah."

Ramai daripada kita berfikiran bahawa siapa kita, apa yang kita ada, apa yang kita lakukan, adalah tidak mencukupi. Ini adalah satu pendapat yang salah. Kita telah belajar tentang Hukum Tarikan, dan bila mana tanpa kita sedari kita masih beranggapan bahawa kita belum serba cukup dalam hidup, kita sebenarnya menarik gelombang ketidakcukupan ke dalam hidup kita.

Kita mesti mengakui bahawa diri kita pada saat ini adalah cukup sempurna sebagai manusia, dalam konteks kesempurnaan seorang hamba. Kita cukup sempurna, sebagaimana diri kita sekarang ini. Sekiranya kita tidak mahu mengakui hakikat ini, kita akan sentiasa merasa tidak puas hati dengan apa yang kita ada, dan kita akan merasa sukar untuk mensyukuri nikmat-Nya. Barang siapa yang mengira lenyapnya kasih sayang Allah daripada ketetapan (qadar) Allah, pemikiran ini adalah kerana dangkalnya pandangan iman.

Menduga-duga tentang pemberian Allah, terutama dengan berburuk sangka ke atas nikmat-nikmat-Nya adalah perbuatan dosa. Seorang hamba dilarang menduga bahawa Allah telah mengurangkan kasih sayang dan pemberian-Nya kerana sesuatu bencana yang sedang dialami oleh si hamba tadi. Bagaimana kita membuat ukuran untuk berasa puas hati dengan hidup dan seterusnya bersyukur?

Kita tidak perlu menunggu sehingga segala impian kita tercapai untuk dapat menikmati dan menghayati rasa kecukupan dalam hidup ini. Jika kita berfikiran begini, kita tidak akan dapat merasai nikmat kehidupan dan kita tidak akan berupaya untuk berasa ikhlas dalam mengucapkan syukur kita kepada Allah.

info lanjut, lihat sini

August 2, 2010

latihan dan ujian...


Hari ni dh pn masuk bln ogos..
pejam celik, pejam celik, dh nk dkt bln Ramadhan..
x sabar nk tggu bln mulia ini..
bulan yg penuh berkah..
moga Ramadhan kali ni akn lebih baik dr thn2 sblmnye...
InsyaAllah..
Allahumma Balighnaa Ramadhan..

cerita ttg Ramadhan, elok rasanye klu sblm tiba waktunye, kite bersiap sedia apa yg patut..
mgkn blh buat "latihan" dgn berpuasa sunat di bln syaaban ni..spya bila tiba shj Ramadhan, perut x terkejut, diri dpt bertenaga dan emosi jg terkawal..


hmm..ckp psl emosi, mmg sukar nk dikawal kan? terutamanya perasaan marah..
mgkn lapar dan dahaga mudah dikawal..tapi, marah mcm mana plk??
kadang2 tu pagi2 lg dh marah..
padahal sblm kuar rmh gi keje pagi2 tu, dh 'set' dlm otak.
"hari ni x nak marah2 la...nk rasa tenang je.."
tapi...belum jauh pun dr rmh, ada saja keadaan yg menimbulkan kemarahan..
dek kerana tindakan org lain yg x munasabah tu..huh!
mcm tindakan refleks plk...

so, mcm mana nk kawal marah ni????
mcm mana nk kawal emosi ni..???
puasa dh dkt..
hmmmm....
ujian hidup mmg sentiasa ada kan?
terpulang bagaimana kite menghadapi, mengawal dan mengatasinya...

p/s: tgh google tips marah, terjumpa lmn web INI..
silalah baca..blh diamalkan ni..
:D

July 26, 2010

Luluh kini semakin ampuh..

Hari ni rasa semakin pulih...
pulih dr kesedihan dan keluluhan...
Alhamdulillah setelah berehat selama 2 hari...
hari ni semakin baik dan berseri...
dapat memulakan hari isnin dgn semangat baru...
tak mahu lg bersedih mahupun pilu...

Setelah melalui hari yg luluh minggu lalu...
kini, diri semakin ampuh...
segala cabaran harus ditempuh...
setiap masalah perlu diatasi...
kerana setiap insan punyai misi...
tak terkecuali hamba yg kerdil ini...

Bersyukur padaMu Illahi...
kerana rintihan telah didengari...
benarlah sebagaimana firmanNya...
dengan mengingatiNya, hati akan mnjadi tenang...
jiwa akan kembali terang...
hati yg pilu sudah sembuh...
luluh kini semakin ampuh...

Gmbr sekadar hiasan..


July 23, 2010

teguh..namun luluh..

kadangkala sukar nk kawal perasaan sedih..
berulangkali dicuba...
tp ia tdk tertanggung jua...
puas sudah, ditahan, dikawal, disekat ia dr mengalir..
tp..hati perempuan mmg sukar diselindung..
walau di luarnya tampak "keras".."teguh".."kebal"...
namun...di dalamnya, tersembunyi satu sifat yg luluh..
gelora hatinya, hanya Tuhan yg tahu..
resah jiwanya, hanya dia sndiri yg memahami..
Ya Allah Ya tuhanku...tabahkan hati hambaMu ini...

December 18, 2009

suka, sedih, sakit..

sudah lama x menulis di blog ni..
sebab..malas..kadang2 bz..xde ms nk buka blog..kadang2, internet ade problem..time nk tulis..time tu la dia buat hal..akhirnye..mood nk menulis pun pegi..huh..
kadang2 ter-pk, cmne kwn2 sy ni rajin meng-update blog diorg eh? sgt3x berkomitmenlah mereka ni..kagum sggh! sy blm capai tahap tu la..

byk benda sbnrnye nk tulis..tp bile difikirkan hal itu dan ini..semuanye tergendala..
mcm2 peristiwa blaku di bln disember ni..ade yg suka, sedih dan sakit..semuanye bercampur-baur..

sakit?knape sakit? hmm.. sbb ade kes ragut terjadi pd sy..nasib sy baik..hnya cedera skit..tp sakitlah juga bdn ni utk 2-3 hari..syukurlah slmt..x perlu pegi hospital..dpt MC je..tp peragut tu xdpt ape2..mujurlah sy cpt btindak..klu x, akan menyebabkan peragut tu berasa gembira dan "berlagak" sbb misinya berjaya..huh! dasar org x bguna..xde keje lain..perosak negara betul!
~kawan sy kata, peragut tu mesti amatur je..klu pro, msti sekali rentap dh dpt~haish..awak ni, ade ke ckp camtu..~patutnye awk kata: 'nasib baik awk bijak'~ hehe..

sejak kes tu, sy lbh hati2 bila berjalan sendirian..tp agak takut jg bila dgr bunyi motor dr blkg..rs fobia pun ade..huhu..
hmm.. smoga slps ni sy akn btambh semangat meneruskan hidup..agar lbh hidup bahagia..
kejadian ni perlu dijadikan iktibar dan peringatan..supaya pisang x berbuah 2 kali..

p/s: kisah suka-duka akn sy tulis bile ade masa..

July 30, 2009

..yang membekas dlm hatiku..

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah melihat kepada orang yang lebih tinggi daripada kamu. Yang demikian itu adalah lebih baik untuk tidak meremehkan nikmat Allah yang dikurniakan kepadamu.”

Sumber: cendawankulat.wordpress.com

Sudah lama aku cari hadis ini..

Selama ni cuma dengar2 saja dr org yg menyampaikan kpdku..dari ceramah..dari program tv..dari pensyarah2 kolej dll..tapi akhirnya aku jumpa jg ayatnya yg lengkap..

Ya, ia adalah hadis Rasulullah SAW yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah..

Bila terasa lemah dan rasa kekurangan dlm sesuatu..aku selalu teringatkan ayat-ayat ni..(masa tu belum cukup arif lagi ttg hadis2 ni..jadi, panggil ayat2 jelah..) sesuatu ayat yg didengar oleh telingaku ini, asalkan ia bagus dan sedap didengar, aku akan ambil dan simpan dlm koleksi..tapi ayat atau lebih tepat lg hadis ni..amat membekas dlm diriku..

Sebab apa membekas?sebab bila tengah susah atau sedih, ayat2 ni yg memujuk hatiku..hatiku berbisik..

“Jika kau skrg tengah sedih, ada orang lain yg lebih sedih drpd kau”..

“Jika kau tgh susah, ada org lain yg lebih susah drpd kau..”

“Jika kau makan hanya berlaukkan nasi dan telur goreng, ada org lain yg hanya berlaukkan kicap dan garam.."

“Jika kau bersusah payah ke sana ke mari menaiki bas, ada org yg lbh payah drpd kau..hanya mampu berjalan kaki..”

Dalam versi yg lain:

“Jika kau sedang menaik kereta yg kecil, bersyukurlah kerna masih ada kereta..kerana ada org lain hanya mampu naik motor..berpanas berhujan..tapi kau blh selesa sebab dilindungi bumbung kereta.."

“Jika kau sedang naik motor pula, bersyukurlah kerana ada org hanya mampu naik basikal..perlu gunakan kudrat kakinya utk menggerakkan basikal tu..kau?..Cuma perlu menekan suis enjin..nah..motor pun dihidupkan.."

Bisikan ayat2 di atas ni semuanya untuk apa? Tak lain tak bukan..untuk memujuk hati agar tidak berasa sedih dan malang..malah dpt muhasabahkan diri agar sentiasa bersyukur dgn nikmat yg dikurniakan Allah Swt..