September 7, 2010

SLMT HARI RAYA 1431H


SLMT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H..
Buat semua shbt di blog...pelawat2 yg membaca blog ini..(kalau ade laa) :D

Semoga Syawal yg bakal tiba nnt akn membawa seribu kemanisan buat kita semua..
setelah sebulan berpuasa..inilah hari kemenangan buat muslimin dan muslimat meraikannya..

Sambutlah dgn penuh kesyukuran dan ketaqwaan..

Salam Aidilfitri...
Maaf Zahir Batin..

MELANESIA

SALAM..
HAYATILAH PUISI INI UTK RENUNGAN KITA BERSAMA..
(aisy terima emel ni dr seorg rakan di fb)
terima kasih ya!

Subject: "MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA, BRUNEI, MELANESIA"
"Nusantara...
lupakah kau, bahawa dahulu kala,
kerajaan Srivijaya Islam...
mempunyai hubungan erat dengan...
kerajaan Gergasi Islam...
iaitu Khilafah Bani Umayyah."

"Nusantara...
Lupakah kau, bahawa dahulu kala,
kerajaan Melaka Islam...
mempunyai hubungan erat dengan...
kerajaan Gergasi Islam...
iaitu Khilafah Bani Uthmaniyah."

"Apakah kau sudah lupa akan sejarah yang agung ini?.
Seramai 200 juta bangsa Melanesia-Indonesia.
yang beragama Islam dan bertutur menggunakan Bahasa Melayu..
telah pun hidup berpecah belah mengikut Wilayah dan Negara...
Sehingga, wujudnya istilah...
Melayu Islam Malaysia..
Melayu Islam Indonesia..
Melayu Islam Singapura..
Melayu Islam Brunei...dan,
Melayu Islam Melanesia."

"Di manakah kekuatan kita hari ini?.
Kita sering bergaduh soal remeh,
yang sama sekali tidak memberi apa-apa keuntungan
untuk Agama Islam."

"Kita bertikam lidah hanya kerana isu Ambalat,
kita bertikam lidah hanya kerana isu Minyak,
Kita bertikam lidah hanya kerana isu TKI,
Kita bertikam lidah hanya kerana isu Kebudayaan."

"Oh Tuhan, betapa gembiranya kaum kuffar hari ini,
melihat bangsa ini yang dahulunya begitu digeruni..
berjaya diperbodohkan sebodoh-bodohnya."

"Nusantara...
Marilah!. Ayuhlah!. Sahutlah seruan ini..
Marilah kita bersatu kembali di bawah payung Islam..
Tinggalkanlah segala bentuk perkauman dan kebangsaan. "
Percayalah...kita mampu."

*Bangsa Melanesia ialah orang Melayu yang tinggal di Negara seperti Burma, Vietnam, Myanmar, Sri Lanka, Afrika Selatan, Singapura dan Madagascar.

"Dan tidak aku jadikan jin dan manusia ialah untuk beribadat kepada Aku (Allah S.W.T)."
( Surah al-Zariyat ayat: 56 )

September 3, 2010

Hari al-Quds sedunia...


Rakyat Malaysia dijangka akan berhimpun di depan kedutaan Amerika pada hari Jumaat ini untuk melaungkan suara anti Israel dan simpati mereka terhadap saudara seislam di Palestin dan golongan tertindas di muka bumi ini.

info lanjut, lihat SINI, SINI, dan SINI ...

tontonilah juga INI ..... (London Al-Quds Day Demonstration).