Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Showing posts with label peristiwa. Show all posts

January 15, 2011

dh 15 jan...

Hari ni dh masuk 15 jan...

Hari ni besday ank buah sy- Nur Umaira Batrisya..hmm...dh 4 thn dh umur dia..cpt je masa berlalu..

Hari ni juga " my dear" sudah 15hari bersamaku...hmm.. x sempat nk belek dia betul2...asyik sibuk keje je...dh hampir nmpk comot dh dia....xpe2...lps ni daku akn beri lbh perhatian sm kamu ye "my dear"..hujung minggu akn kupastikan daku spent time bersama kamu... :D

December 15, 2010

Hari Asyura/10 muharam

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.


p/s: berhati2 dgn hadis palsu..utk lbh lanjut, lihat SINI

December 2, 2010

Disember menjelma.. ape peristiwa popular??

Disember sudah menjelma..sekaligus musim cuti sekolah..
S: Apakah peristiwa yg popular @ org kata, wajib pd musim cuti skolah ni??
J: Tak lain dan x bukan, kenduri org kahwinlah...(bdk sekolah pn pndi jwb nih..hehe)

Hmm.. sana-sini ade jmptn kahwin..bahkan, sejak hari Rabu lg, dh nmpk dh khemah2 dipasang di setiap ceruk kampung dan jalan2... wah! hebatnye org kite punye semangat! sungguh rapi persiapannye..mgkn x nak terkejar-kejar dan tunggu di saat2 akhir..so, segalanye dilakukan dr awl2 lg...

Tahniah pd kawan2 yg bakal @ telah melangsungkan pkahwinan mereka..semoga bahagia dan berkekalan ke akhir hayat... Amiiin...

p/s: terasa aura pgantin, walau jiran sebelah yg nk kawin..hehehe..

September 7, 2010

SLMT HARI RAYA 1431H


SLMT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H..
Buat semua shbt di blog...pelawat2 yg membaca blog ini..(kalau ade laa) :D

Semoga Syawal yg bakal tiba nnt akn membawa seribu kemanisan buat kita semua..
setelah sebulan berpuasa..inilah hari kemenangan buat muslimin dan muslimat meraikannya..

Sambutlah dgn penuh kesyukuran dan ketaqwaan..

Salam Aidilfitri...
Maaf Zahir Batin..

September 3, 2010

Hari al-Quds sedunia...


Rakyat Malaysia dijangka akan berhimpun di depan kedutaan Amerika pada hari Jumaat ini untuk melaungkan suara anti Israel dan simpati mereka terhadap saudara seislam di Palestin dan golongan tertindas di muka bumi ini.

info lanjut, lihat SINI, SINI, dan SINI ...

tontonilah juga INI ..... (London Al-Quds Day Demonstration).