Showing posts with label cerita hati. Show all posts
Showing posts with label cerita hati. Show all posts

April 30, 2010

cerita semalam..


oh dikau yg sorang ni....mengapa dikau ssh nk tido smlm....
ucu tggu yah (pnggilan yg dia guna utk dirinye) tdo smpi pkl 1..akhirnye dikau tdo dgn sendirinye...slps ucu dodoikan..tepuk2 blkg smpi tido...
lalu, ucu angkat dikau letak dlm bilikmu..ucu pula tido di bilik sendiri..

ingtkan dh tdo lena dh..alih-alih..kul 4.30 pg...dikau tercari-cari ucu...
"ucu mana?? ucu mana??"
"nape yah?mimpi ke? ngigau??
oooo..nk tido dgn ucu ye...boleh..meh tido kat sblh ucu.."
dia gelengkan kpala..
"tak mau?
oooo..xnk tido dlm gelap?"
ok..nnt ucu buka lampu...tido kat dpn tv lah..ucu buka tv..tp tutup lampu, boleh?
"xnak..
bukaaaaak!!..bukaaaaak!!..."
mata ucu dh x blh tahan...
dlm hati berkata..
yah, tidolah..ucu nak keje esok..huhu...

akhirnye...dua2 pun tertido dgn sendirinye...
bersama2, di dpn tv yg terbuka...

........*****..........

p/s: hmmm..fahamkah dgn cerita ini? :D

April 1, 2010

hari ni 1 April..

hari ni dh pun msk 1 April..cepat je mac meninggalkan diriku..terasa bagai baru sj semalam 1 mac menjengah dlm kalendar hidupku..hmm...knapa tiba2 ckp psl mac ni?ntahla..mmg sgt suka bln mac..byk perkara gembira yg berlaku bln mac ni..dan blh dikatakan, byk berita menarik yg muncul..berita rezeki yg dtg melimpah ruah..yg x terjangka dek akal..yg tak terlintas di fikiran..benarlah kata pepatah..bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian... syukur Alhamdulillah..

July 17, 2009

cerita hati sarah..

"aku nak balik rumah aku. mana baju aku? cepatlah bagi..aku nak balik ni.."
tiba2 perkataan ini yg keluar drpd mulut ayah..waktu itu kami mmg berada di rumah dan tidak pula pergi ke mana2..namun hatiku pelik dgn kata2 ayah itu..

"nak balik rumah? rumah mana pulak ayah nak blk ni?"
"ni kan rumah ayah. rumah kita.." sarah cuba untuk mengetahui keadaan sebenar..

"bukan! ni bukan rumah aku!. herdikan ayah memeranjatkan sarah..
"aku nak balik rumah aku. ni bukan rumah akulah". berkali-kali dia mengulanginya..

"apa yg sudah jadi dgn ayahku ni?" sarah bertanya pada dirinya..
mengapa tiba2 berkelakuan aneh?sudah hampir nyanyukkah dia? hendak dikata mengigau, tak mungkin kerana ayah berkeadaan sedar dan bukannya tidur..memang waktu ni, waktu pagi. tapi dia sudah lama jaga drpd tidurnya..lepas mandi dan bersarapan tadi, elok je..tiba2 saja dia berkata begitu..

"mak, kenapa dgn ayah ni?. tiba2 je tanya yg bukan2"

"entahlah sarah, sejak ayah kau sakit ni, macam2 benda yg dia mengarutkan. kadang2 mak pun tak faham."

"habis tu mak cakap macam mana dgn ayah?". sarah ingin lebih tahu.

"ada juga mak layan cakap ayah kau tu. cakap2 baik2..tapi bila dia dah mula mengarut dan tinggi suara, mak tak sanggup lagi. nanti mak yg sakit hati."

************
sarah tersedar dari lamunannya..perkara 2 tahun yg lalu itu kini bermain di fikirannya..
begitulah perubahan yg berlaku dalam hidup ayah sarah..sejak jatuh sakit dan tidak berupaya untuk berjalan, pelbagai perkara pelik yg dilakukannya..sarah menyedarinya dan berusaha untuk memulihkan keadaan ayahnya..sarah ingin keluarganya kembali seperti sediakala..hidup bahagia..aman damai..dia juga mahu mengurangkan beban emosi maknya yg dilihat sering bersedih dan kadangkala menangis sendirian..

adakah sarah akan berjaya? siapakah yg dapat membantu sarah?