January 15, 2011

dh 15 jan...

Hari ni dh masuk 15 jan...

Hari ni besday ank buah sy- Nur Umaira Batrisya..hmm...dh 4 thn dh umur dia..cpt je masa berlalu..

Hari ni juga " my dear" sudah 15hari bersamaku...hmm.. x sempat nk belek dia betul2...asyik sibuk keje je...dh hampir nmpk comot dh dia....xpe2...lps ni daku akn beri lbh perhatian sm kamu ye "my dear"..hujung minggu akn kupastikan daku spent time bersama kamu... :D

January 3, 2011

Akhirnye kumiliki dia...

Akhirnye dpt juga kumiliki dia...setelah melalui pelbagai rintangan dan dugaan..setelah menolak pilihan yg pertama, ku pilih 'dia' sbg pilihan kedua..kusangkakan dia akn mudah kumiliki, namun rupanya tidak semudah itu..dugaannye tetap ade..malah bertambah pedih, sehingga mengganggu akal dan fikiran...sehingga memadamkn selera makan..tido x lena, mkn x kenyang.. mujurlah tidak menggugat kerja2 di ofis..dlm diri dh bertekad, "Be professional"...don't mix up work with personal...

Akhirnye kumiliki "dia", menjelang tahun baru 2011..sebelum itu, diri hampir berputus asa dan tidak mahu memikirkannya lagi..biarlah masa yg menentukan..2010 semakin berlalu pergi, tapi dia belum berjaya dimiliki..mujurlah sokongan org2 di sekelilingku memberi kata2 semangat dan dorongan..sabar..sabar..sabar, kata mereka...itulah yg kuamalkan sebagai penguat diri..

Akhirnye, menjelang thn baru 2011, kumiliki dia..dia yg dimaksudkan, lihat SINI...

Azam 2011..


salam 2011...

sudah pun masuk 2011..baru kali ni dpt mengemaskini blog ini..
hmmm.. dh msk 3Jan2011 dh...mesti ramai yg dh ditanya oleh kwn2 ttg azam thn baru kan?atau diri sendiri bertanya kpd kwn2, ape azam thn baru diorg..

byk jg jwpn sy dpt..macam2 azam ade..antara azam yg 'glamour' ialah:
-nk jadi lebih baik dr thn lps..
-nk kerja dgn lebih rajin, spy dpt naik pangkat dan gaji..(ni utk org gila kerja..)
-nk jadi org kaya yg beriman..(yg ni mmg org laki suka pakai ni..tp ntah2 bila dh kaya, iman ntah ke mana.. :D..jgn mrh..)
-nk sempurnakan azam2 thn lps yg x tercapai...(byk ni, x terdaya nk list kan..)
-dan lain2 lagilah...

ape2 pun..terpulang pada diri masing2 utk meletakkan azam seperti ape pun..yg penting, kite berusaha utk mencapainye..lebih baik ade azam dr xde langsung..betul x??

Biar byk impian, jgn byk igauan...
Biar byk azam, jgn byk ragam...

p/s: Ade x sesape kt sini yg azam 2011 dia nk cpt2 kawin??? :D
Klau ade, Tahniah diucapkan!!!

December 15, 2010

Hari Asyura/10 muharam

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.


p/s: berhati2 dgn hadis palsu..utk lbh lanjut, lihat SINI

December 6, 2010

jgn lupa baca tau...

jgn lupa baca tau...semoga bermanfaat..InsyaAllah..

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

December 2, 2010

Disember menjelma.. ape peristiwa popular??

Disember sudah menjelma..sekaligus musim cuti sekolah..
S: Apakah peristiwa yg popular @ org kata, wajib pd musim cuti skolah ni??
J: Tak lain dan x bukan, kenduri org kahwinlah...(bdk sekolah pn pndi jwb nih..hehe)

Hmm.. sana-sini ade jmptn kahwin..bahkan, sejak hari Rabu lg, dh nmpk dh khemah2 dipasang di setiap ceruk kampung dan jalan2... wah! hebatnye org kite punye semangat! sungguh rapi persiapannye..mgkn x nak terkejar-kejar dan tunggu di saat2 akhir..so, segalanye dilakukan dr awl2 lg...

Tahniah pd kawan2 yg bakal @ telah melangsungkan pkahwinan mereka..semoga bahagia dan berkekalan ke akhir hayat... Amiiin...

p/s: terasa aura pgantin, walau jiran sebelah yg nk kawin..hehehe..

November 29, 2010

sabar menanti..

gmbr hiasan

meski byk dugaan utk milikimu..
sedaya mampu ku sabar menanti...
segalanye kulakukan demi ibu...
moga duka ibu tiada lg...