July 18, 2009

dulu dan kini..

hujung minggu adalah hari untuk berehat di rumah..setelah bekerja selama 5 hari dalam seminggu..aku bertuah kerana tidak perlu bekerja di hujung minggu..pekerjaanku sekarang ni tak memerlukan aku berbuat demikian..jadi aku punya lbh masa untuk menjadi peneman mak dan ayah..almaklumlah..adik beradik yang lain sudah punyai keluarga masing2..aku merasa bertanggungjawab untuk menjaga mak dan ayah..

mak seorang surirumah sepenuh masa..ayah pula dah bersara drpd penjawat awam sejakku masih di bangku sekolah lagi..lalu, ayah bekerja di sektor swasta untuk menampung hidup kami sekeluarga..mujurlah abangku yg no 3 itu sdh bekerja..dptlah bantu keluarga..dari kecil aku mmg rapat dgn abgku ini..walaupun punya 3 org abg tapi plg rapat dgn abg yg no3 ni..mgkn sbb kami mbesar bersama..yg sering ada di rumah..dialah..yg selalu membawa ke mana saja apabila dipinta..dialah juga..abg yg dua lg tu sudah punya rumah masing2..jadi jarang jumpa..sebab itulah hanya dia yg kupanggil abg..yg dua lg tu hanya "along" dan "angah"..

ingat lagi ms kecik2 dulu..kami adik2 ni gelar mereka "harimau" dan "singa"..kerana garangnya sukar dijangka..kalau adik2nya bertengkar, garangnya along seperti harimau..bila dia marah, semua kecut..tangkasnya angah, tangan terus naik ke muka seperti singa..tiada amaran..senyap, namun berbisa..

harimau a.k.a "along"

singa yg senyap (a.k.a "angah")

aku masih ingat..ms kecik2 dulu, setiap bln abg akan bg duit poket padaku..mcm dpt gaji pulak rsnya ms tu..bayangkan, RM50 untuk seorang budak sekolah rendah..lumayan jugak kan?belanja sekolah tetap aku dpt drpd mak..ditambah lg dgn duit RM5o ni..mmg mewah rsnya hidup ms tu..
tp, ms tu aku x pandai berbelanja mewah mcm budak2 zaman skrg..zaman awal 90-an..belum popular lg dgn handphone, PS 1 & 2, ipod, MP3 player dll..jadi, klau ada duit lbh belanja sekolah, duit org bagi, ke tabunglah tempat ia tuju..atau ke bank simpanan yang waktu itu masih gunakan buku..itu semua zaman kecik2 dulu..sekarang? RM50 blh habis dlm ms seminggu..

itu semua ketika abangku masih solo. setelah dia berkahwin, tiada lagi duit poket untukku..maklumlah sudah ada tanggungan..itu tidak mengapa..aku juga tidak mengharapkannya..ayahku pula terpaksa berhenti kerja setelah jatuh sakit dan uzur..tidak lagi boleh mencari duit sampingan..mujurlah masih ada duit pencen setiap bulan..tapi di zaman moden ini, itu tidak mencukupi..perlu ada "breadwinner" yg baru..aku andaikannya orang itu adalah aku..
tp bukanlah breadwinner yg kejenye mkn roti je.. :)

kini, keadaan sudah berubah..yang tinggal hanyalah aku dan mak ayahku di rumah ini..masa berganti masa, adik beradikku sudah meninggalkan rumah ini dek memulakan hidup sebagai orang berkeluarga..yang tinggal hanya aku..masaku belum tiba lagi..banyak yang ku ingin capai dahulu..itu semua nanti..di kala ini, tanggungjawab pada mak ayahku dan kerjayaku menjadi keutamaanku..

*********
..tazkirah buat hatiku..
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.’~al-Taghabun: 11~

No comments:

Post a Comment