SENYUM adalah perhiasan dunia. SENYUM adalah bahasa dunia yang menunjukkan keceriaan membawa maksud bagi umat manusia. SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna..
Sewaktu kita berhubung dengan orang lain, sewajarnya kita SENYUM. SENYUM adalah jalan pintas bagi anda mengatakan anda menyukai seseorang. SENYUM yang kamu berikan kepada sahabat kamu adalah satu sedekah.. SENYUM adalah jambatan perhubungan persahabatan. SENYUM adalah satu pelabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.

BAYANGKANLAH!! Kebanyakan SENYUM adalah jangkitan. Bila kita SENYUM kat orang, orang itu akan SENYUM balik pada kita. Orang akan merasa dihargai apabila kita senyum padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik terhadap diri kita..Lantas, mengapa kita tidak mulakan? Mulakan dengan diri kita. SENYUMlah dengan orang yang anda tidak kenali hari ini, insya-ALLAH dia akan membalas SENYUMan anda itu. Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan..
William Shakespear ada menyatakan..apa yang anda kehendaki adalah lebih cepat daripada memotong lidah dengan pedang adalah SENYUMan.. Semasa bekerja, belajar, SENYUMlah, kerana ia akan menggembirakan dan menceriakan hidup anda Bila berhadapan dengan keadaan susah, SENYUMlah.. Bukankah ketawa yang sopan itu sihat?
Pujangga menyebut.."SENYUMan itu kelopak" - tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya.. So..SENYUMlah selalu dengan ikhlas dan tidak berpura - pura. Kerana yang bepura-pura itu hanyalah mendapat sakit sedangkan orang yang melihat SENYUManmu itu mendapat barakah.. Tapi AWAS!!! jangan menyalahgunakan SENYUMan..bahaya!
sekian perkongsian..adakah anda sedang senyum skrg???bagus!! anda sihat.. :)
p/s: tidak pasti sumber info ni dr mana..sbb dh lama sgt simpan..hehe..
No comments:
Post a Comment