August 3, 2009

dua dalam satu

dua dalam satu..
siang dia ceria..
malam dia berduka..
namun di sudut hati..
dia tak mahu begini..
terus hidup dalam dua watak..
selindungkan apa yang tampak..

dua dalam satu..
luarnya dia mahu dilihat jitu..
tanpa hiba waima satu..
namun dalamnya tak siapa tahu..
dia sedang dirundung pilu..
hanya Dia yang satu..
Maha Tahu apa yang terbuku..

dua dalam satu..
dia hanya insan biasa..
mengharap kasih secebis cuma..
dari mereka yang dikasihinya..
namun masih adakah baginya..
titis-titis jernih kaca..
pembasah tekak, penghapus dahaga..

dua dalam satu..
apapun terjadi padanya..
dia hanya mampu berusaha..
menggapai sebuah cita-cita..
yang masih samar sinarnya..
semoga esok yg putih akan tiba..
menghapus pekat malam selamanya..


2 comments:

  1. Berusaha sehabis mungkin utk dpt 1 kejayaan...mst boleh kan...Think (+)

    ReplyDelete