August 22, 2009

Ramadhan menyapa kita lagi..

Salam semua..

Ramadhan menyapa kita lagi..kali ni selari dgn bulan kemerdekaan negara kita, Malaysia..
Ahlan Ya Ramadhan..Marhaban Ya Ramadhan..
Bersyukurlah kerana sempat bertemu dgn Ramadhan tahun ini..moga kesempatan ini dpt berterusan sehingga akhirnya Ramadhan..mudah-mudahan amalan dpt ditingkatkan..dosa dpt dijauhi..tarbiah dan muhasabah diri..gandakan pahala dgn tarawikh..taddarus..sedekah..

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."


Berdoalah kita dgn sebanyak-banyaknya di bulan penuh barakah ini..moga doa dan hajat kita diperkenan Allah SWT..InsyaAllah..

tambah ilmu..tambah amal..tambah iman..
Wassalam..

2 comments:

  1. salam ramadhan...
    ade buat qiamulail x?
    nak join sama boleh? :D

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan jg...
    qiamulail?boleh...amat dialu-alukan...
    calling-calling miscal ye... :)

    ReplyDelete