August 8, 2009

.."saya hidup bahagia hari ini"..

Petang jumaat yg cerah..setelah dilanda hujan rahmat (hujan yg sangat lebat) pada sebelah pagi..pada sebelah petangnya, matahari telah memancarkan sinarnya..tanah yg pagi tadinya basah, kembali kering..payungku yg basah pagi tadi kerana digunakan untuk ke tempat kerja, kini telah kering airnya..

setelah menikmati makan tengahari, rehat dan melakukan perkara yg sepatutnya pada "lunch hour"..bergegas aku kembali ke tempat kerja untuk menyambung tugasku..jam hampir menunjukkan pukul 2..alamak! sempat ke sampai ofis "on-time" ni?kata hatiku..

mujurlah tempat kerjaku tak jauh dr rumah..maka, tak perlulah nak pecut membahayakan diri.."biar lambat asal selamat"..itu pesan ibuku..setiap kali nak pegi kerja inilah pesanan yg sering dititipkannya..baiklah mak..org akan selalu ingat pesan mak..(ingatlah semua, ke mana pun kita pergi..jauh atau dekat, pesan ibu bapa jangan dilupakan..ia ibarat perisai dlm hidup kita..redha ibu bapa adalah redha Allah, buat kita..)

dalam perjalanan ke tempat kerja, ketika nak belok ke simpang kanan..ternampak aku 4 org budak kecil yg hendak melintas jalan..budak Melayu..masih kecil lg mereka..mgkn dlm 4-10 tahun..yang sayunya, aku lihat mereka berpimpin tangan menanti peluang untuk melintas jalan..pada ketika itu juga kereta tidak putus2 lalu..terdetik di hatiku, bilakah akan "surutnya" kereta2 ni?aku juga menanti peluang untuk membelok pabila kereta2 ni surut.. yg hairannya, di manakah org dewasa yg sepatutnya bersama-sama melintas dgn mereka?di manakah ibu bapa mereka?persoalan2 ini tinggal tanpa jawapan..

atas rasa kasihan dan sayu melihat mereka begitu, aku berhasrat untuk berhentikan kenderaanku untuk membantu mereka..tapi belum sempat aku buat begitu, sebuah kereta hitam di depanku sudah berbuat demikian..patutlah dia "drive" slow je tadi..rupanya dia pun berfikiran sama sepertiku..

kelihatan seorang gadis cina keluar dari kereta itu..dengan wajah yang risau, dia berusaha membantu budak2 itu..terdengar suaranya.."budak2, nanti! jangan lintas dulu..tunggu kereta tada baru lintas"..ketika itu dia di seberang jalan sana..berusaha memberi arahan sambil mengangkat tangannya tanda "stop", ke arah budak2 itu..aku yg berada di situ jua membantu apa yg termampu..kemudian berlalu meninggalkan tempat itu setelah pasti yg mereka berada dlm keadaan selamat..risau juga kalau2 tiada siapa yg membantu tadi..mujur ada gadis cina itu..prihatin sungguh dia..inilah yang dikatakan rakyat Malaysia yg prihatin..membantu tak kira bangsa, agama, usia dan warna kulit..inilah semangat 1 Malaysia..

hari ini aku telah melihat satu contoh keprihatinan rakyat Malaysia di hadapan mataku..semoga akan ada lagi rakyat yg prihatin sepertinya..terima kasih..anda telah membuat saya " hidup bahagia" hari ini..

5 comments:

  1. Org Malaysia ramai jugak yg berbudi bahasa tau.Haah kan..mana pergi ibubapa kpd kanak2 tu tak takut ke mcm dlm paper Utusan smlm..ayah dia hntr anak mgkn nak ke sekolah.Tp dia tak tolong sama lintaskan anak dia.Dia hny tengok sb dia nak rush ke Cyberjaya.Anak dia hny sempat melambai tangan.Tak sangka lambaian anak dia tu adalah LAMBAIAN TERAKHIR..

    ReplyDelete
  2. tkasih ika ats komen..
    org m'sia mmg berbudi bhs..tp syg,ketika memandu mrk lupa diri..
    pgajaran kpd ibu bapa..jgn krna mengejarkan sstu,anda tlepas sstu yg amat bharga dlm hidup..

    ReplyDelete
  3. Memandu mereka lupa diri mcm tuju kat kite je..haha....

    ReplyDelete