December 15, 2010

Hari Asyura/10 muharam

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.


p/s: berhati2 dgn hadis palsu..utk lbh lanjut, lihat SINI

December 6, 2010

jgn lupa baca tau...

jgn lupa baca tau...semoga bermanfaat..InsyaAllah..

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

December 2, 2010

Disember menjelma.. ape peristiwa popular??

Disember sudah menjelma..sekaligus musim cuti sekolah..
S: Apakah peristiwa yg popular @ org kata, wajib pd musim cuti skolah ni??
J: Tak lain dan x bukan, kenduri org kahwinlah...(bdk sekolah pn pndi jwb nih..hehe)

Hmm.. sana-sini ade jmptn kahwin..bahkan, sejak hari Rabu lg, dh nmpk dh khemah2 dipasang di setiap ceruk kampung dan jalan2... wah! hebatnye org kite punye semangat! sungguh rapi persiapannye..mgkn x nak terkejar-kejar dan tunggu di saat2 akhir..so, segalanye dilakukan dr awl2 lg...

Tahniah pd kawan2 yg bakal @ telah melangsungkan pkahwinan mereka..semoga bahagia dan berkekalan ke akhir hayat... Amiiin...

p/s: terasa aura pgantin, walau jiran sebelah yg nk kawin..hehehe..

November 29, 2010

sabar menanti..

gmbr hiasan

meski byk dugaan utk milikimu..
sedaya mampu ku sabar menanti...
segalanye kulakukan demi ibu...
moga duka ibu tiada lg...

November 1, 2010

November Rain

Hari ni 1hb Nov..ape kata hayati lirik ni.....Cuaca pn skrg slalu hujan kan? :D


When I look into your eyes
I can see a love restrained
But darlin' when I hold you
Don't you know I feel the same

'Cause nothin' lasts forever
And we both know hearts can change
And it's hard to hold a candle
In the cold November rain

We've been through this such a long long time
Just tryin' to kill the pain

But lovers always come and lovers always go
An no one's really sure who's lettin' go today
Walking away

If we could take the time to lay it on the line
I could rest my head
Just knowin' that you were mine
All mine
So if you want to love me
then darlin' don't refrain
Or I'll just end up walkin'
In the cold November rain

Do you need some time...on your own
Do you need some time...all alone
Everybody needs some time...on their own
Don't you know you need some time...all alone

I know it's hard to keep an open heart
When even friends seem out to harm you
But if you could heal a broken heart
Wouldn't time be out to charm you

Sometimes I need some time...on my
own Sometimes I need some time...all alone
Everybody needs some time...on their own
Don't you know you need some time...all alone

And when your fears subside
And shadows still remain
I know that you can love me
When there's no one left to blame
So never mind the darkness
We still can find a way
'Cause nothin' lasts forever
Even cold November rain

Don't ya think that you need somebody
Don't ya think that you need someone
Everybody needs somebody
You're not the only one
You're not the only one


Guns N Roses - November Rain

October 21, 2010

Tentang Hati...


Hati wanita, punya ruang yang luas untuk cemburu dan cinta...
Hati lelaki, punya ruang yang sedikit untuk tidak mengerti...

October 15, 2010

ungkapan yg tidak harus lekang....

Ungkapan yg tdk harus lekang dr bibir umat Islam.....InsyaAllah....

(malah, ade jg bkn muslim sudah membiasakn diri mrk mengungkapnye..) So, apatah lg kita kan?

Hayatilah.....

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Maher Zain

October 7, 2010

Akan Ku Jumpa...

Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bila kaki kita penat berlari
Namun yakin ku kau kan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkah ku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini

Cinta jangan engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri mu

p/s: kerapkali mengulang dengar lagu ni..sungguh sedap!!!

September 7, 2010

SLMT HARI RAYA 1431H


SLMT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H..
Buat semua shbt di blog...pelawat2 yg membaca blog ini..(kalau ade laa) :D

Semoga Syawal yg bakal tiba nnt akn membawa seribu kemanisan buat kita semua..
setelah sebulan berpuasa..inilah hari kemenangan buat muslimin dan muslimat meraikannya..

Sambutlah dgn penuh kesyukuran dan ketaqwaan..

Salam Aidilfitri...
Maaf Zahir Batin..

MELANESIA

SALAM..
HAYATILAH PUISI INI UTK RENUNGAN KITA BERSAMA..
(aisy terima emel ni dr seorg rakan di fb)
terima kasih ya!

Subject: "MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA, BRUNEI, MELANESIA"
"Nusantara...
lupakah kau, bahawa dahulu kala,
kerajaan Srivijaya Islam...
mempunyai hubungan erat dengan...
kerajaan Gergasi Islam...
iaitu Khilafah Bani Umayyah."

"Nusantara...
Lupakah kau, bahawa dahulu kala,
kerajaan Melaka Islam...
mempunyai hubungan erat dengan...
kerajaan Gergasi Islam...
iaitu Khilafah Bani Uthmaniyah."

"Apakah kau sudah lupa akan sejarah yang agung ini?.
Seramai 200 juta bangsa Melanesia-Indonesia.
yang beragama Islam dan bertutur menggunakan Bahasa Melayu..
telah pun hidup berpecah belah mengikut Wilayah dan Negara...
Sehingga, wujudnya istilah...
Melayu Islam Malaysia..
Melayu Islam Indonesia..
Melayu Islam Singapura..
Melayu Islam Brunei...dan,
Melayu Islam Melanesia."

"Di manakah kekuatan kita hari ini?.
Kita sering bergaduh soal remeh,
yang sama sekali tidak memberi apa-apa keuntungan
untuk Agama Islam."

"Kita bertikam lidah hanya kerana isu Ambalat,
kita bertikam lidah hanya kerana isu Minyak,
Kita bertikam lidah hanya kerana isu TKI,
Kita bertikam lidah hanya kerana isu Kebudayaan."

"Oh Tuhan, betapa gembiranya kaum kuffar hari ini,
melihat bangsa ini yang dahulunya begitu digeruni..
berjaya diperbodohkan sebodoh-bodohnya."

"Nusantara...
Marilah!. Ayuhlah!. Sahutlah seruan ini..
Marilah kita bersatu kembali di bawah payung Islam..
Tinggalkanlah segala bentuk perkauman dan kebangsaan. "
Percayalah...kita mampu."

*Bangsa Melanesia ialah orang Melayu yang tinggal di Negara seperti Burma, Vietnam, Myanmar, Sri Lanka, Afrika Selatan, Singapura dan Madagascar.

"Dan tidak aku jadikan jin dan manusia ialah untuk beribadat kepada Aku (Allah S.W.T)."
( Surah al-Zariyat ayat: 56 )

September 3, 2010

Hari al-Quds sedunia...


Rakyat Malaysia dijangka akan berhimpun di depan kedutaan Amerika pada hari Jumaat ini untuk melaungkan suara anti Israel dan simpati mereka terhadap saudara seislam di Palestin dan golongan tertindas di muka bumi ini.

info lanjut, lihat SINI, SINI, dan SINI ...

tontonilah juga INI ..... (London Al-Quds Day Demonstration).


August 30, 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Selamat menyambut hari kemerdekaan utk semua rakyat malaysia...

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


p/s: jgn biarkan negara kita "dipijak-pijak" lg oleh mereka2 yg "x bertamadun"...

August 27, 2010

tazkirah bersyukur..

Salam Ramadhan..

ketika aisy membelek-belek 1 laman web ni, terjumpa dgn info yg berguna ni..rasanya baik utk dikongsi bersama..sekadar memetik beberapa perenggan..

Hasan al-Basri ketika ditanya tentang rahsia zuhudnya, dia menjawab:

"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah kalbuku selalu tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah mengawasiku, kerana itulah aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah."

Ramai daripada kita berfikiran bahawa siapa kita, apa yang kita ada, apa yang kita lakukan, adalah tidak mencukupi. Ini adalah satu pendapat yang salah. Kita telah belajar tentang Hukum Tarikan, dan bila mana tanpa kita sedari kita masih beranggapan bahawa kita belum serba cukup dalam hidup, kita sebenarnya menarik gelombang ketidakcukupan ke dalam hidup kita.

Kita mesti mengakui bahawa diri kita pada saat ini adalah cukup sempurna sebagai manusia, dalam konteks kesempurnaan seorang hamba. Kita cukup sempurna, sebagaimana diri kita sekarang ini. Sekiranya kita tidak mahu mengakui hakikat ini, kita akan sentiasa merasa tidak puas hati dengan apa yang kita ada, dan kita akan merasa sukar untuk mensyukuri nikmat-Nya. Barang siapa yang mengira lenyapnya kasih sayang Allah daripada ketetapan (qadar) Allah, pemikiran ini adalah kerana dangkalnya pandangan iman.

Menduga-duga tentang pemberian Allah, terutama dengan berburuk sangka ke atas nikmat-nikmat-Nya adalah perbuatan dosa. Seorang hamba dilarang menduga bahawa Allah telah mengurangkan kasih sayang dan pemberian-Nya kerana sesuatu bencana yang sedang dialami oleh si hamba tadi. Bagaimana kita membuat ukuran untuk berasa puas hati dengan hidup dan seterusnya bersyukur?

Kita tidak perlu menunggu sehingga segala impian kita tercapai untuk dapat menikmati dan menghayati rasa kecukupan dalam hidup ini. Jika kita berfikiran begini, kita tidak akan dapat merasai nikmat kehidupan dan kita tidak akan berupaya untuk berasa ikhlas dalam mengucapkan syukur kita kepada Allah.

info lanjut, lihat sini

August 6, 2010

cerita best

semalam tgk cerita kat tv..
semalam episod akhir..
walaupun episodnye x pjg, tp ceritenye best..
memaparkan seorg wanita, isteri dan ibu yg tabah..
ya, itulah dia Laila Asyikin..
wanita sofistikated, educated dan tegas...


walaupun pelakon lelakinye adlh watak lelaki utama, tp aku rasa, dia bknla hero sbnr...
sbb byk berkisar ttg watak second hero..iaitu fahrin ahmad..hehe..
best fahrin ahmad blakon dlm cerita ni..
plg touching, dialog dia dlm satu episod ni..
(klu x silap, episod 15)

pengorbanan dia sggh besar...
sggup mati demi slmtkn sebuah family...
itulah pengorbanan dia yg terbesar sekali..
paling mulia...

p/s: biasa dlm cerita hindustan, bila hero mati, cerita tu habis..
tp, ni cerita melayu..hero mati jgk..sama ke dgn hindustan??
:D hehehe...

August 2, 2010

latihan dan ujian...


Hari ni dh pn masuk bln ogos..
pejam celik, pejam celik, dh nk dkt bln Ramadhan..
x sabar nk tggu bln mulia ini..
bulan yg penuh berkah..
moga Ramadhan kali ni akn lebih baik dr thn2 sblmnye...
InsyaAllah..
Allahumma Balighnaa Ramadhan..

cerita ttg Ramadhan, elok rasanye klu sblm tiba waktunye, kite bersiap sedia apa yg patut..
mgkn blh buat "latihan" dgn berpuasa sunat di bln syaaban ni..spya bila tiba shj Ramadhan, perut x terkejut, diri dpt bertenaga dan emosi jg terkawal..


hmm..ckp psl emosi, mmg sukar nk dikawal kan? terutamanya perasaan marah..
mgkn lapar dan dahaga mudah dikawal..tapi, marah mcm mana plk??
kadang2 tu pagi2 lg dh marah..
padahal sblm kuar rmh gi keje pagi2 tu, dh 'set' dlm otak.
"hari ni x nak marah2 la...nk rasa tenang je.."
tapi...belum jauh pun dr rmh, ada saja keadaan yg menimbulkan kemarahan..
dek kerana tindakan org lain yg x munasabah tu..huh!
mcm tindakan refleks plk...

so, mcm mana nk kawal marah ni????
mcm mana nk kawal emosi ni..???
puasa dh dkt..
hmmmm....
ujian hidup mmg sentiasa ada kan?
terpulang bagaimana kite menghadapi, mengawal dan mengatasinya...

p/s: tgh google tips marah, terjumpa lmn web INI..
silalah baca..blh diamalkan ni..
:D

July 26, 2010

Luluh kini semakin ampuh..

Hari ni rasa semakin pulih...
pulih dr kesedihan dan keluluhan...
Alhamdulillah setelah berehat selama 2 hari...
hari ni semakin baik dan berseri...
dapat memulakan hari isnin dgn semangat baru...
tak mahu lg bersedih mahupun pilu...

Setelah melalui hari yg luluh minggu lalu...
kini, diri semakin ampuh...
segala cabaran harus ditempuh...
setiap masalah perlu diatasi...
kerana setiap insan punyai misi...
tak terkecuali hamba yg kerdil ini...

Bersyukur padaMu Illahi...
kerana rintihan telah didengari...
benarlah sebagaimana firmanNya...
dengan mengingatiNya, hati akan mnjadi tenang...
jiwa akan kembali terang...
hati yg pilu sudah sembuh...
luluh kini semakin ampuh...

Gmbr sekadar hiasan..


July 23, 2010

teguh..namun luluh..

kadangkala sukar nk kawal perasaan sedih..
berulangkali dicuba...
tp ia tdk tertanggung jua...
puas sudah, ditahan, dikawal, disekat ia dr mengalir..
tp..hati perempuan mmg sukar diselindung..
walau di luarnya tampak "keras".."teguh".."kebal"...
namun...di dalamnya, tersembunyi satu sifat yg luluh..
gelora hatinya, hanya Tuhan yg tahu..
resah jiwanya, hanya dia sndiri yg memahami..
Ya Allah Ya tuhanku...tabahkan hati hambaMu ini...

July 17, 2010

kau laksana bulan


sejak akhir2 ni suka tgk drama ni...
minat dgn jln cerite dia...
mcm pernah alami perasaan adrianna tu..hehehe...
tp berbeza skit la, sbb aku ni bknnye seorg penulis..
bukan lg bergelar seorg "student"..
Aku cuma wanita biasa....

nak tau lbh lanjut ttg cerita ni, sila lihat SINI..

p/s: "Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit"

July 15, 2010

semuanye jimat...


bulan ni semuanye perlu dijimatkan...
jimatkn guna air, jimatkn api letrik, jimatkn belanja seharian...
duit harus jimat...belanja perlu terhad...mkn mesti cermat...

mata kena tajam..melihat sebarang pembaziran...
telinga mesti peka...mendengar hanya yg diperlukan...

mulut harus dijaga...berkata yg penting cuma...
hati perlu cekal...mengawal tindakan akal...

pendek kata, semuanye harus jimatlah!

July 10, 2010

misi julai..

bulan julai adlh bulan utk menambahkan income...
sbbnye, income bln lps dh makin berkurang..
awl bln ni byk benda yg dibeli..byk bil yg perlu dibayar...
byk wang yg nk dipakai..
bulan ni jg, ada bbrp misi yg nk dicapai...
nk penuhi hajat yg lama terpendam..yg lama x kesampaian..
separuh hajat tlh berjaya dipenuhi, itupun stlh berbulan-bulan tertangguh..
maka..bln julai ni adlh bln yg penuh dgn misi...
jadi, mgkn hari-hariku akn padat..
tiada ms utk bersenang-lenang..tiada ms utk berbelanja sakan..
skrglah ms utk tekadkan azam, tingkatkan usaha, rajinkan bekerja, kurangkan belanja..
semoga misi ini akn tercapai..
InsyaAllah...

p/s: terima kasih pd ibuku yg memahami segalanya...doakanlah kejayaan ankmu ini, wahai ibuku..agar sama2 kita dpt mengecapi Hidup Bahagia...

July 3, 2010

suatu petang yg damai...

di suatu petang yg damai...
sewaktu ku dlm perjalanan pulang dr keje...
tiba2...kurasakan diriku bergerak perlahan..
oh..mengapakah??
rupanya aku menekan brek..
setelah menerima isyarat dr otakku..
supaya, "berhenti".."berhenti"..
eh, mengapa ramai org kt sni?? tanya diriku sendiri..
sesak jalan ni dibuatnye...
dlm pd bergerak perlahan, sempatku lihat ke kiri jln..
byknye motor dan kereta kt parking tepi..
ada "accident" ke??
tau ape yg aku lihat??
Astagfirullahal'azim.....
rupa2nye yg sesak2 ni disebabkan ramai org kt kedai 4D...
laaa..diorg ni bersesak2 sbb nk beli no rupanye...
yg sedihnye, org "kite" pn ade gak...
haih..apela nk jadi dunia ni....

June 30, 2010

kusut menanti retak


andai kusut rambut boleh dileraikan...
mungkinkah boleh untuk kusut fikiran...
andai retak cawan boleh dirapatkan...
mungkinkah boleh hati yg rawan...

June 18, 2010

sambutan berganda-ganda

semalam 17 jun, rasa happy sgt...sambut besday mak, bersama adik beradik...family along dan achik dtg, sambut besday mak..(kami sepakat nk buat surprise kt mak..hehe..sbnrnye ni last minute plan sbb x blh nk decide awal2..masing2 ade hal yg perlu dipenuhi).. Alhamdulillah..berjaya jugak buat akhirnye..walaupun x dpt berkumpul sume, ade 2 org family ni pun dh cukup memeriahkan suasana..terasa gamat rumah dibuatnye..dgn gelak tawa anak2 buah..

tetibe dlm hati berkata..oh kecikla rmhku ni...baru msuk 2 family, dh terasa sempit..hmmm..xpela mak,nnt org byk duit, org renovate rmh kite ni yea..biar sume org dpt berkumpul..mesti lg meriah kan..

di kesempatan yg ade ni, aisy n akk sepakat nk sambut sekali besday mak dan ayah..besday ayah pd bln mei..mak pula bln jun..so, buat skali arung..ibarat smbtn berganda-gandalah ni..

Mei - hari ibu + besday ayah
June - hari bapa + besday mak
(wah kedua-duanye saling melengkapi kan...)

kebetulan skrg ni pula musim ct sekolah..so, sambutan kali ni amtlah "good timing"...

sorila xdpt kongsikan gmbr2 semasa besday mak ayah semalam..
klu ade nnt aisy akn upload...

ok sekian perkongsian.. :D

June 17, 2010

pencetus semangat + motivasi

apakah yg membuatkan kita rasa bersemangat?
mendapat hadiah dr seseorang..
mendapat apa yg kita hajatkan..
mendapat ganjaran yg lumayan..
mendapat pujian atas kepositifan...(eh, ada ke perkataan ni?? :D)
akhirnya..mendapat kata2 motivasi dr seseorang..
mgkn bkn hanya seorang..
hmmm... mgkn dua tiga org...

walau apa pun..
hanya kita sendiri yg mampu ingat..
apa yg boleh membuat kita bersemangat
hanya kita sendiri yg sedia maklum...
apa yg dapat buat kita tersenyum..
:)

p/s: terima kasih si pencetus semangat & motivasi..

June 15, 2010

seri pagi ungu..

hari ni muncul semangat baru..
di minggu baru, hari baru..
dingin bak hijau semalu..
sejuk bak seri pagi ungu..

impian masih sama...
matlamat pun tetap sama..
caranya saja yg berbeza..
kaedahnya saja yg dipinda..

terima kasih si seri pagi..
membantu menyedarkan diri..
menyuburkan ingatan murni..
menyegarkan sejuta mimpi..

jika tiada akal dan budi..
usah bermimpi sekeping hati..
jika tiada tepati janji..
usah diharap teman sejati..

p/s : ungu oh ungu..

June 3, 2010

senyap dan sunyi

hari ni hari yg senyap dan sunyi..
senyap kerana tiada siapa yg bercakap...
sunyi kerana tiada bunyi yg kedengaran...
kenapa tiada yg bercakap?
kerana tiada siapa pn dibenarkan..
kenapa tiada bunyi kedengaran?
kerana bunyi itu dilarang...

lalu apakah yg boleh disuarakan?
apakah yg boleh kedengaran?
tiada apa-apa...
hanyalah detikan kekunci komputer...
cuma deringan telefon berbingit di meja..
di gegendang makhluk yang bernyawa...
di telinga insan yang punya mata...

May 28, 2010

new background

ok x new background ni??ok la kan..tukar pandangan skit..
dh lama asyik pndg warna sm je..tukar citarasa plak...
baru ni ade masa nk tukar..sbnrnye nk cari warna purple..tp, xde yg berkenan..
so, warna kuning pn jadilah..
hmmm.. cakap psl purple..teringat pd si ank buah yg suka warna purple..klu ditanya nk baju warna ape, msti purple yg disebutnye..sehingga ape sj brgnye, pasti warna ni yg jd pilihan bt ms ni...tp kan, dia x sebut "purple" mcm yg biasa kite sebut tu..slang dia lain skit..dia sebut "peper".. (camnila lbh kurang ejaannye)
p/s: huruf "e" disebut seperti "me" dlm sebutan merah..bkn "mee"..
hehe..klakar jgk bile mndgrnye..yela..bdk msh lg pelat..dia main sebut jelah..janji dia paham..
byk kali gak diajar sebut betul2,tp "peper" gak bunyinye..hmmm..x kisahla, janji dia bahagia...

May 27, 2010

mengapa..apakah..

mengapa dikau sepi sahaja..
salahkah aku bertanya..
mengapa dikau tiada berita..
silapkah aku menyapa..
mengapa aku saja yg merasa..
khilafkah bila dikau jg terasa..
mengapa aku begini rupa..
silap dikaulah yg pemulanya..

apakah tiada belas diri..
setelah bergunung kata diberi..
apakah tiada balasan janji..
setelah membukit ucapan diberi..
apakah tiada impian bersemi
setelah berjuta harapan diberi..
apakah tiada cahaya mentari..
setelah mendung berarak pergi..

May 22, 2010

kadang-kadang...


kadang2 sy rasa cam arkitek..
sebab slalu berdepan dgn drawing...
kadang2 sy rasa cam lecturer..
sebab seringkali kena ngajar n buat soalan ujian..
kadang2 sy rs cam translator..
sebab kerap sgt disuruh translate BM ke BI...
kadang2 sy cam technician jap..
sbb acapkali kena buat keje IT...

tapi...satu keje je sy belum buat...
sbbnye..sy pun xtau ape sbbnye....

p/s: hmmm...sekadar monolog hati..

May 8, 2010

hari ibu menjelma lg..

Hari ibu menjelma lg..tahun ni jatuh pd 9 mei...sume mst dh maklum kan, yg hari ibu disambut pd hari ahad, mggu ke-2 pd bulan mei..entah sape yg menetapkannye pn, x dpt dikenal pasti..klu ade yg tau, sila bgtau cik aisy ye..sj nk tau...

berckp ttg hari ibu ni..mst byk promosi di sana-sini..bunga ros pn msti laris di pasaran kan?
hmm..apa hadiah yg menarik utk diberi pd ibu?

sejak dr kecik, mmg xtau cmne nk sambut ibu..sbb x peka kot..tp bila dh dewasa ni, nk jg sambut kan..so, ape pun yg dilakukan..pastikan ia dpt menggembirakan hati ibu kite..x kiralah bsr atau kecik hadiah yg diberikan, si ibu pasti menghargainye..dan bgku, hadiah yg terbaik adlh.."MENGGEMBIRAKAN HATI IBU"..

hrp2, sepanjang hari, ibuku akn senang hati dan sntiasa tersenyum..klu blh, x nk ibu rasa mrh, sedih dan ssh hati..biarlah aku yg memikul sume beban emosinye..

SELAMAT HARI IBU, MAK....

May 1, 2010

hati x sedap..

hari ni hati x sedap...x sedap nk buat keje..sebab, terdgr cerita2 org..kt tmpt keje ni..ade org "sakit"...sakit yg belum dikenal pasti puncanye...

bila sorang dh bercakap, berjangkitlah kt org lain..dari satu pihak ke satu pihak..entah di mana pokok ceritanye pun, aku x tahu..entah di "platform" yg betul, aku pn x tahu..bolehkah dipercayai kata2 org??? mgkn pengakhiran ceritanye pn x pasti bila akn terjadi...

hmmm...itulah mulut org, sukar utk ditutup..dgn kata lain, byk org suka mengumpat perihal org lain..byk org suka membincangkan mslh org lain..berbanding mslh dan perihal diri sendiri..berbanding salah dan silap sendiri....

p/s: masih rasa x sedap hati nk buat keje buat masa ni...mgknkah buat sepanjang hari ni???..

April 30, 2010

cerita semalam..


oh dikau yg sorang ni....mengapa dikau ssh nk tido smlm....
ucu tggu yah (pnggilan yg dia guna utk dirinye) tdo smpi pkl 1..akhirnye dikau tdo dgn sendirinye...slps ucu dodoikan..tepuk2 blkg smpi tido...
lalu, ucu angkat dikau letak dlm bilikmu..ucu pula tido di bilik sendiri..

ingtkan dh tdo lena dh..alih-alih..kul 4.30 pg...dikau tercari-cari ucu...
"ucu mana?? ucu mana??"
"nape yah?mimpi ke? ngigau??
oooo..nk tido dgn ucu ye...boleh..meh tido kat sblh ucu.."
dia gelengkan kpala..
"tak mau?
oooo..xnk tido dlm gelap?"
ok..nnt ucu buka lampu...tido kat dpn tv lah..ucu buka tv..tp tutup lampu, boleh?
"xnak..
bukaaaaak!!..bukaaaaak!!..."
mata ucu dh x blh tahan...
dlm hati berkata..
yah, tidolah..ucu nak keje esok..huhu...

akhirnye...dua2 pun tertido dgn sendirinye...
bersama2, di dpn tv yg terbuka...

........*****..........

p/s: hmmm..fahamkah dgn cerita ini? :D

April 17, 2010

ujian sejuk..

pengalaman mggu lps..
pegi exam SPA..10hb april..pagi, dh siap2 sesudah subuh lg..tggu abg (ni abg kandung ye..jgn slh fhm..) ambik utk hantar gi sekolah tu..plan nk kuar kul 7.30pg..exam kul 9am tp kena ade kt sna 1/2 jam awal..tp sdh takdir Yg Maha Esa..hujan turun dgn lebatnye..lama nk tggu teduh..x blh redah je..abg naik motor..

akhirnye..abg dtg jgk kul 7.30 tu..tp xdpt kluar lg sbb hujan msh lebat.."abg kata, x blh redah ni..lebat sgt"..tp klu nk tggu hjn betul2 teduh, lmbt plk nk smpi nnt..tmpt pn jauh dr rmh..nk cari tmpt dia lg..1st time gi sek.tu..abg pn x arif jln2 kt sh.alam tu..

akhirnye..kuar jgk kul 8..redah je hjn..sbb nnt lmbt sgt...pki baju hujan...tempoh pjalanan dr rmh ke tmpt dituju ade la dlm 1/2 jam..tp nk cr tmpt tu lg..mst amik ms..

hmmmm....jam dh 8.30 tp sek tu x jumpa2 lg..rupanye ktorg sesat...tny org ni..tny org tu..akhirnye jumpa jgk..smpi-smpi..dh kul 9.10..alamak..dh lmbt ni..msti dh stat exam..hrp blh msuk dewan lg...

Alhamdulillah dpt msuk jg..tp yg sedihnye..aku kebasahan..walau pki baju hujan..kena jg tempiasnye..half tudung, basah..sejuuuukkkk aku menjawab exam...tahan je lah...ms tu dh x kisah org pndg ke..hapa ke...I DON'T CARE...yg pntg nk jwb exam..huhu...

blh thn jgk soalan2 dia..dr isu semasa smpilah ke isu x semasa..hehe..soalan esei senang je..ade 3 plhn, jawab 1..esei BM jwb psl smgt patriotik..esei BI, psl facebook..

APE????? psl FACEBOOK??

yup..itulah soalannye..jgn x percaya..so, bg sesape yg "kaki" Fb ni, mst blh jwb kan..hehe.. tp aku bkn kaki fb.. so jwb ikut pndpt sndirilah..paper lain rs cam x cukup ms je jwb..soalan sgt3x byk..ms terhad..ade jgk main tembak2 kt situ..haha...tp plg bestnye, jwb soalan sahsiah diri dan minat..sbb.. x pyh pikir pjg..hitamkan je.. hehe..walaupun soalan beratus2..berjaya siap sblm masa tamat...alangkah bahagianya... :D

oklah..nk cerita byk pn x blh..nnt terbocor soalan ni..x psl2 kena dakwa..hehe...takuuuut...

p/s: sila jgn dakwa sy ye tuan...

April 1, 2010

hari ni 1 April..

hari ni dh pun msk 1 April..cepat je mac meninggalkan diriku..terasa bagai baru sj semalam 1 mac menjengah dlm kalendar hidupku..hmm...knapa tiba2 ckp psl mac ni?ntahla..mmg sgt suka bln mac..byk perkara gembira yg berlaku bln mac ni..dan blh dikatakan, byk berita menarik yg muncul..berita rezeki yg dtg melimpah ruah..yg x terjangka dek akal..yg tak terlintas di fikiran..benarlah kata pepatah..bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian... syukur Alhamdulillah..

March 23, 2010

semalam yg indah...

Semalam yg indah dan manis buat diriku…
Semalam yg terbaik dan bermakna buatku…
Sesuatu yg tidak dapat dilupakan…
Sesuatu yg akan kekal dlm ingatan…

Itulah dia, 21 mac 2010..
yg telah tercatat dlm diari ingatanku…

Alhamdulillah…syukurku padaMu ya Allah..kerana telah menghadiahkan sesuatu yg tidak ternilai harganya buatku..ia adlh.. “sebuah keluarga yg bahagia”.. dikelilingi oleh org2 yg kusayangi..mak dan ayah, adk-beradik dan ank2 buah yg ramai..tiada hadiah yg lebih berharga buatku, di hari lahir ini, melainkan berada di samping keluarga yg bahagia, disayangi mak dan ayah, dikasihi abg dan kakak..dirindui anak2 buah…bagai terasa di dalam syurga dunia..semoga syurga akhirat begitu jua… Amiinn..

Terima kasih Ya Allah..kerana memberiku kenangan yg terindah ini…

Buat tatapan semua..inilah dia kenangan yg dapat dikongsikan..kenangan manis sempena hari lahir ank2 buahku yg berumur 1 dan 3 thn.. majlis ini bukan utkku, tp kebetulan ia jatuh pd hari lahirku..

besday girl...



kek besday girl..

kek besday boy...

yg kecik tu lah besday boy...






saat2 ceria dikelilingi ank2 buah...
opss...terselit gak kakakku kt tepi sblh kiri tu.. :)