July 30, 2009
..::sebar2kanlah berita ini::..
sila klik link di bwh..
http://cikgubad.wordpress.com/2009/07/27/derma-buat-anak-cikgu-anis/
semoga dapat disebarkan berita ini..
p/s: cikgu Anis pernah mengajarku di Uniti dulu..walaupun sekejap saja, namun ia sgt membekas dlm diriku...terima kasih cikgu Anis..jasamu dikenang..semoga tabah hadapi ujian ini..
..yang membekas dlm hatiku..
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah melihat kepada orang yang lebih tinggi daripada kamu. Yang demikian itu adalah lebih baik untuk tidak meremehkan nikmat Allah yang dikurniakan kepadamu.”
Sumber: cendawankulat.wordpress.com
Sudah lama aku cari hadis ini..
Selama ni cuma dengar2 saja dr org yg menyampaikan kpdku..dari ceramah..dari program tv..dari pensyarah2 kolej dll..tapi akhirnya aku jumpa jg ayatnya yg lengkap..
Ya, ia adalah hadis Rasulullah SAW yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah..
“Jika kau skrg tengah sedih, ada orang lain yg lebih sedih drpd kau”..
“Jika kau tgh susah, ada org lain yg lebih susah drpd kau..”
“Jika kau makan hanya berlaukkan nasi dan telur goreng, ada org lain yg hanya berlaukkan kicap dan garam.."
“Jika kau bersusah payah ke
“Jika kau sedang menaik kereta yg kecil, bersyukurlah kerna masih ada kereta..kerana ada org lain hanya mampu naik motor..berpanas berhujan..tapi kau blh selesa sebab dilindungi bumbung kereta.."
July 23, 2009
Mengapa SENYUM amat bermakna....
SENYUM adalah perhiasan dunia. SENYUM adalah bahasa dunia yang menunjukkan keceriaan membawa maksud bagi umat manusia. SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna..
Sewaktu kita berhubung dengan orang lain, sewajarnya kita SENYUM. SENYUM adalah jalan pintas bagi anda mengatakan anda menyukai seseorang. SENYUM yang kamu berikan kepada sahabat kamu adalah satu sedekah.. SENYUM adalah jambatan perhubungan persahabatan. SENYUM adalah satu pelabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.
Di Moscow, Rusia ada sekolah yang mengajar untuk SENYUM. SENYUM harus ada ketulusan. SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak menyenangkan, sama sahaja dengan kening yang berkerut. Adalah diperakui apabila kita SENYUM, kita akan menggerakkan hanya 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi sahaja memerlukan pergerakan 40 otot untuk bekerja..
BAYANGKANLAH!! Kebanyakan SENYUM adalah jangkitan. Bila kita SENYUM kat orang, orang itu akan SENYUM balik pada kita. Orang akan merasa dihargai apabila kita senyum padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik terhadap diri kita..Lantas, mengapa kita tidak mulakan? Mulakan dengan diri kita. SENYUMlah dengan orang yang anda tidak kenali hari ini, insya-ALLAH dia akan membalas SENYUMan anda itu. Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan..
William Shakespear ada menyatakan..apa yang anda kehendaki adalah lebih cepat daripada memotong lidah dengan pedang adalah SENYUMan.. Semasa bekerja, belajar, SENYUMlah, kerana ia akan menggembirakan dan menceriakan hidup anda Bila berhadapan dengan keadaan susah, SENYUMlah.. Bukankah ketawa yang sopan itu sihat?
Pujangga menyebut.."SENYUMan itu kelopak" - tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya.. So..SENYUMlah selalu dengan ikhlas dan tidak berpura - pura. Kerana yang bepura-pura itu hanyalah mendapat sakit sedangkan orang yang melihat SENYUManmu itu mendapat barakah.. Tapi AWAS!!! jangan menyalahgunakan SENYUMan..bahaya!
sekian perkongsian..adakah anda sedang senyum skrg???bagus!! anda sihat.. :)
p/s: tidak pasti sumber info ni dr mana..sbb dh lama sgt simpan..hehe..
July 18, 2009
dulu dan kini..
mak seorang surirumah sepenuh masa..ayah pula dah bersara drpd penjawat awam sejakku masih di bangku sekolah lagi..lalu, ayah bekerja di sektor swasta untuk menampung hidup kami sekeluarga..mujurlah abangku yg no 3 itu sdh bekerja..dptlah bantu keluarga..dari kecil aku mmg rapat dgn abgku ini..walaupun punya 3 org abg tapi plg rapat dgn abg yg no3 ni..mgkn sbb kami mbesar bersama..yg sering ada di rumah..dialah..yg selalu membawa ke mana saja apabila dipinta..dialah juga..abg yg dua lg tu sudah punya rumah masing2..jadi jarang jumpa..sebab itulah hanya dia yg kupanggil abg..yg dua lg tu hanya "along" dan "angah"..
ingat lagi ms kecik2 dulu..kami adik2 ni gelar mereka "harimau" dan "singa"..kerana garangnya sukar dijangka..kalau adik2nya bertengkar, garangnya along seperti harimau..bila dia marah, semua kecut..tangkasnya angah, tangan terus naik ke muka seperti singa..tiada amaran..senyap, namun berbisa..
tp, ms tu aku x pandai berbelanja mewah mcm budak2 zaman skrg..zaman awal 90-an..belum popular lg dgn handphone, PS 1 & 2, ipod, MP3 player dll..jadi, klau ada duit lbh belanja sekolah, duit org bagi, ke tabunglah tempat ia tuju..atau ke bank simpanan yang waktu itu masih gunakan buku..itu semua zaman kecik2 dulu..sekarang? RM50 blh habis dlm ms seminggu..
itu semua ketika abangku masih solo. setelah dia berkahwin, tiada lagi duit poket untukku..maklumlah sudah ada tanggungan..itu tidak mengapa..aku juga tidak mengharapkannya..ayahku pula terpaksa berhenti kerja setelah jatuh sakit dan uzur..tidak lagi boleh mencari duit sampingan..mujurlah masih ada duit pencen setiap bulan..tapi di zaman moden ini, itu tidak mencukupi..perlu ada "breadwinner" yg baru..aku andaikannya orang itu adalah aku..
kini, keadaan sudah berubah..yang tinggal hanyalah aku dan mak ayahku di rumah ini..masa berganti masa, adik beradikku sudah meninggalkan rumah ini dek memulakan hidup sebagai orang berkeluarga..yang tinggal hanya aku..masaku belum tiba lagi..banyak yang ku ingin capai dahulu..itu semua nanti..di kala ini, tanggungjawab pada mak ayahku dan kerjayaku menjadi keutamaanku..
*********
..tazkirah buat hatiku..
‘Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.’~al-Taghabun: 11~
July 17, 2009
cerita hati sarah..
tiba2 perkataan ini yg keluar drpd mulut ayah..waktu itu kami mmg berada di rumah dan tidak pula pergi ke mana2..namun hatiku pelik dgn kata2 ayah itu..
"nak balik rumah? rumah mana pulak ayah nak blk ni?"
"ni kan rumah ayah. rumah kita.." sarah cuba untuk mengetahui keadaan sebenar..
"bukan! ni bukan rumah aku!. herdikan ayah memeranjatkan sarah..
"aku nak balik rumah aku. ni bukan rumah akulah". berkali-kali dia mengulanginya..
"apa yg sudah jadi dgn ayahku ni?" sarah bertanya pada dirinya..
mengapa tiba2 berkelakuan aneh?sudah hampir nyanyukkah dia? hendak dikata mengigau, tak mungkin kerana ayah berkeadaan sedar dan bukannya tidur..memang waktu ni, waktu pagi. tapi dia sudah lama jaga drpd tidurnya..lepas mandi dan bersarapan tadi, elok je..tiba2 saja dia berkata begitu..
"mak, kenapa dgn ayah ni?. tiba2 je tanya yg bukan2"
"entahlah sarah, sejak ayah kau sakit ni, macam2 benda yg dia mengarutkan. kadang2 mak pun tak faham."
"habis tu mak cakap macam mana dgn ayah?". sarah ingin lebih tahu.
"ada juga mak layan cakap ayah kau tu. cakap2 baik2..tapi bila dia dah mula mengarut dan tinggi suara, mak tak sanggup lagi. nanti mak yg sakit hati."
************
sarah tersedar dari lamunannya..perkara 2 tahun yg lalu itu kini bermain di fikirannya..
begitulah perubahan yg berlaku dalam hidup ayah sarah..sejak jatuh sakit dan tidak berupaya untuk berjalan, pelbagai perkara pelik yg dilakukannya..sarah menyedarinya dan berusaha untuk memulihkan keadaan ayahnya..sarah ingin keluarganya kembali seperti sediakala..hidup bahagia..aman damai..dia juga mahu mengurangkan beban emosi maknya yg dilihat sering bersedih dan kadangkala menangis sendirian..
adakah sarah akan berjaya? siapakah yg dapat membantu sarah?
July 10, 2009
jgn biarkan rahsia
Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut " SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu
akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa- dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai Islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman, kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku…
AMINnnnn.
Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai 7 orang atau lebih, tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah.
July 6, 2009
Luahan hati seorang anak…
Ya Allah..
Sesungguhnya haram bau syurga bagiku..
Seandainya aku derhaka kepada kedua orang tuaku..
Aku rindukan mereka, Ya Allah..
Aku ingin temui mereka sekarang Ya Allah..
Aku khuatir.. tiada lagi kesempatan buatku menemui mereka..
Andai bukan aku yg pergi meninggalkan mereka..
Mereka yang akan kembali menemuiMu..
Oleh itu..
Aku mohon Kau matikan aku sebelum aku berpeluang menjadi anak derhaka..
Aku cintai mereka, Ya Allah..
Aku sayang mereka, Ya Allah..
Namun aku tak pandai menzahirkannya..
Lisanku biadab terhadap mereka, Ya Allah..
Kata-kataku lancang meskipun aku sedar merekalah orang tuaku..
Oleh itu..
Kau lembutkanlah lisanku..
Kau zahirkan kasihku kepada mereka, Ya Allah..
Agar mereka dapat rasa..
Pengorbanan mereka kepadaku selama ini berbaloi, Ya Allah..
Cukuplah sekadar berbaloi bagi mereka, Ya Allah..
Kerana aku tidak mampu membalas jasa mereka, Ya Allah..
Andainya aku dapat berkhidmat pada mereka dunia dan akhirat,
tetap tidak akan setimpal dengan jasa mereka melahir dan membesarkanku, Ya Allah..
Aku hambaMu yg hina, Ya Allah..
Aku hambaMu yg lemah, Ya Allah..
Aku tewas bila syaitan meniup-niup api kemarahanku..
Nafsu amarahku sukar dibendung, Ya Allah..
Oleh itu..
Aku mohon Kau lindungi dan bantulah aku..
Agar menjadi anak yg soleh..
Yg dapat memberi bekalan kepada orang tuaku kelak..
Amiin...
July 3, 2009
..Selawat Pelindung Diri.. -NOWSEEHEART
semoga dpt dijadikan amalan..InsyaAllah..
tawassalna bi bismillah
wa bil hadi rasulillah [2x]
wa kulli 'arifin billah
wa ahlillahi ya allah [2x]
ya allah
syumu silhuda
shuyukhil waraa
nujuu min nada [2x]
bihinnas lamu min kulli aza
bi qadrillahi ya allah
Di bawah ini, maksudnya..
"Kami bertawassul dengan nama Allah dan dengan petunjuk Rasulullah dan setiap orang yang arif mengenai Allah dan ahli Allah,Ya Allah.
Ya Allah!Dengan perantaraan kaum yang mulia,cahaya hidayah,dengan perantaraan amalan kebaikan mereka,kami selamat dari setiap malapetaka dengan kekuatanMu,ya Allah"
Fadhilatnya:Barangsiapa banyak membaca selawat ini setiap hari akan memperolehi keselamatan dan pertolongan Allah dengan wasilah/perantaraan Nabi Muhammad saw.
Hari ni hari jumaat..penghulu segala hari..ada seseorang pernah berpesan pdku agar bykkan selawat pd hari jumaat..hmm..smpi skrg ku ingati pesanannya itu.. tkasih ya mengingatkanku..
jadi..pengunjung blogku semua, bykkan selawat di hari jumaat..
moga diri kalian bertambah rahmat dan berkat..
Amiin..
<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->